Sabtu, 12 Disember 2015
Manusia Vs Hati dan Perasaan
Assalamulaikum warahmatullahiwabarakatuh..first of all..jangan bad thinking pasal tajuk kat atas tu okay? ni bukan love version punya..bukan jiwang jiwang okay?
Bismillahirrohmnirrohim..
okay lets start..1,2,3 gooooo! *jerit pakai mic*
Hmmm..hati? yes hati..segumpal daging yg terdapat dalam jasad setiap manusia, sekiranya segumpal daging itu rosak, makan musnahlah seluruh jasadnya..Okay, lets proceed..pernah tak rasa sakit hati? sedih? or something like them.. i mean terasa dengan perbuatan seseorang itu sama ada disengajakan atau tidak..memang pernah kan? tipu ahh kalau takde..tu takde perasaan namanya ! hahaha. okay tak lawak..
Sememangnya kita ni seorang manusia akan ada rasa macam tu.. "alahhh ko ni sensitif sangat ah" kak..saya ni ada hati dan perasaan..hmmm..dalam setiap kehidupan seharian kita, mesti ada kita akan terasa hati ke apa kan..yeahhh..tu bukan sebab kita terlalu sensitif, tapi sebab kita ni mempunyai hati dan perasaan..kadang kadang dari situ jugak kita dapat didik diri sendiri agar jadi lebih kuat..bukan kuat macam keluar otot berketul ketul kat lengan tu tapi lebih kuat untuk menghadapi kehidupan berhadapan dengan manusia yg sememangnya bermacam ragam..the things that always in my mind is, hidup kita ni tak selalunya di atas..tak selalunya kita akan senang dan hidup tak seindah novel..so, bila kita senang, happy ke apa jangan kita duk kutuk orang..nanti sampai masa kita kat bawah pulak? haaaa canne? ..hmmm..kekadang rasa tak sanggup dah nak face all of this..and ada jugak terfikir, aku ni terlalu lemah ke? terlalu sensitif ke? terlalu ambik kesah sangat ke? sebab mudah terasa dengan perbuatan,percakapan dan sikap orang sekeliling..Allahu..aku cuba pujuk diri sendiri..hiraukan semua rasa pedih, sakit semua tu..dan move on, jangan ambik hati sangat pasal semua tu..
Tapi kita ni kena la jugak jaga percakapan,perbuatan sebab sekiranya kita ni ada tersalah cakap ke apa kan secara sedar ke tak sedar, ada orang terasa..bila dah ada yg terguris,tercalar, ter apa lagi? akibat daripada perbuatan,sikap kita ibarat paku yang menancap pada kayu walaupun sudah dicabut tetapi ia meninggalkan bekas. Walaupun kita ni dah mintak maaf melutut bagi bunga sejambak bagai pun, tapi perbuatan kita tu still akan diingati beb..Kalau kita tak jaga perbuatan kita bila berhadapan dengan orang, macam tu jugak ah dia layan kita..sebab bila kita buat macam tu, then dia fikir kita tak layak dapat layanan lebih bagus dari tu..so kita kena jugak check diri kita if kita ada buat salah ke tak, sikap dan perbuatan kita ni macam mana..bila ada je terasa hati dengan orang, aku akan fikir balik apa yg aku dah buat..tak selalunya kita perlu menunding jari dan terus meyalahkan orang if kalau jadi macam ni..sometimes its start from our attitude..well said, what goes around, comes around.." elehhh, aku je kena jaga hati orang, habis tu hati aku? nak suruh pak guard ke jaga?" Allah itu maha adil..dan Allah menguji hambanya tidak melebihi kemampuan seseorang hamba itu.. "yelah..memang ah, semua tak perfect kot, ada gak buat salah" yessss!..kita semua memang tak sempurna sepenuhnya..tapi kita boleh ubah, perbaiki diri untuk menjadi yg lebih baik.
Pernah dengar tak apa benda paling tajam? bukan pisau bukan parang bukan kapak..but lidah..yes..memang lidah tak mampu nak kerat kayu balak ke apa..memang ttak dinafikan pisau parang kapak tu tajam tapi setajam tajam benda tu, tajam lagi lidah kita..sebab apa? sebab lidah boleh mengeluarkan kata kata yg membuatkan seseorang itu gembira atau terluka. Luka di tangan masih boleh dirawat, letak ubat then okay lah kan, kalau luka dihati? belum tentu boleh sembuh macam biasa beb..
In conclusion, kita manusia, ada hati ada perasaan..sememangnya kita akan merasai kegembiraan,kesedihan..akan tetapi sesuatu perkara yg terjadi kadang kadang berpunca dari sikap kita sendiri..so, jaga lah setiap percakapan,perbuatan kita..kerana itulah yg mencerminkan diri kita.
Jumaat, 4 Disember 2015
Hello December
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Allahu..lama gila tak update..bukan setakat tak update, buka pun tak. ni baru buka sebab baru habis exam.. well..biasalah, busy dengan life sekarang..hmmm..life? ooo lupa nak share pasal life seorang student estipiyemmm ni..agak chaotic ah life bebudak stpm ni.apa, korang ingat student U je ke busy dengan esaiment,presentation semua tu..weolls ni pun ada laa benda benda macam tu..haaaaaaa..so sape sape yg ingat form 6 ni low class, baik istigfar banyak banyak okay? HAHAHA..takdelah gurau je..just nak bagitau yg form ni cara pembelajaran dia lebih kurang sama je dekat U tu..dengan sistem modular sekarang ni, weolls belajar ikut semester @ penggal.. memandangkan form 6 ni tempoh dia setahun setengah je, so kita ada 3 sem..haaaa setiap satu sem, kita ada exam..belajar 6 bulan then exam..dalam masa 6 bulan tu kena struggle betul betul lah. No play play ! *pegang senduk* kalau main main, result dia pun main main juga lah..
Dipendekkan cerita, sekarang ni baru je habis exam termasuk ulangan semua tu sem 1,2..bercuti panjang lah kita ! yeahhhh..harap result nanti berbaloi laa dengan usaha selama ni, stay up sampai ke tengah malam, bangun awal, pergi kelas siang malam pagi petang and so on..hmmm..cuti panjang ni taknak cari kerja ke akak? HAHAHA..bukan taknak cari tapi centu ah, tak tahu nak keje apa..my dad macam tak kasi je..tengok ada kengkawan dah start kerja..sehari lepas exam, teruih pi kerja..rajin gila! kalau syrah la kan, alahh rehat ah dulu, penat study tak habih lagi ni..qada tidur puas puas..HEHEHE..tapi tidur tu tak mendatangkan duit kak.. errrr *sentap*
Cuti ni nak buat apa ek? hmmm ada la juga terfikir nak buat bissnessss kecik kecik..tapi macam tak jadi je..sekadar angan angan..susah aaaa..nak kerja kat luar memang tak boleh, sebab my dad tak bagi..hmmmm bagi idea please ! Masa ada banyak lagi ni sementara menunggu result, tapi tak tahu nak buat apa, i mean yg mendatangkan income..ada la sorang tu, dia suggest suruh design desgin ni.. untung katanya, income pun lumayan..masalahnya ! sis tak reti laaa nak main design design ni..memang tak kreatif..kalau setakat nak lukis orang lidi dengan rumah tu boleh la, terer ah gak. HAHAHA..
Okay.. i think sampai sini jelah dulu..takde idea keluar dah..jari jemari pun nak patah dah..HAHAHA..amboiii..ok lah, jangan rindu aii okay? muehehehe !
Wait for the next entries okay?
Langgan:
Catatan (Atom)
written by iamnurbasirah