Selasa, 25 November 2014

CINTA ITU BUTA ATAU KITA YANG BUTA? Part 2

*Tarik nafas*                  

                         ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Okay ! kita bertemu kembali dalam rancangannnnnnn *bunyi drum*  "APA KATA WANITA" ehhhhh

*bunyi kompang*

HAHA..kompang? ada wedding ceremony ke? biasa lahh..nak jugak guna sounds effects uolls

Okay dah dah..melawak pulak kau jahh.. HAHA..sambung cerita kita yg tahun lepas punye
CINTA ITU BUTA ATAU KITA YANG BUTA?  sah sah la cinta tu tak buta..mata pun takde .. even cinta tu kita tak nampak pun..pernah ke kita tengok cinta tu jejalan kat depan rumah ke, shopping mall ke kann..ianya hanyalah perasaan yg hadir dlm diri seseorang !

* nyanyi jap* Jika benar cinta itu buta...
                     Butakah mata ku...
                     Berkali terluka masih jua ku menunggu...


* sambung balik*  Habisss tu? kalau bukan cinta yg buta...errr siapa yg buta?
Hahhhh...based on sketsa pada entri yg lepas, uolls nampak tak siapa yg buta? nampak tak?

*baca entri Part 1*

apa? aku buta? kuangjaq hang !

ehhhh...sabar sabar..HAHA..bukan semua orang yg bercinta tu buta..I mean, bukan semua orang yg bercinta,couple tu mata dia buta..*diulang bukan semua..
Tapii...kenapa cakap dia buta ? buta sebab apa? dia tikam mata dia ke?  sebabbb dia butakan hati dia..terlalu obses & taksub pada sang kekasih...dah tak nampak benda lain..

Terlalu taksub pada cinta sesama manusia..habisss tu? cinta pada PenciptaNya ? sanggup diketepikan dan diabaikan...Astagfirullahalazimm... tapi bukan semua pasangan yg bercinta jadi camtu...certain people je

in case, dia sanggup buat apa je demi kekasih dia..sanggup berhabis duit, sanggup bazirkan airmata malah ada yg sanggup cederakan diri dia...bak kata orang, Lautan api pun sanggup ku renangi lah..sebab bagi dia, kekasih dia tu dah macam everything dah bagi dia..u're my everything~
Sampaikan family dia, kawan dia..dah renggang...menjauhkan yg dekat...mendekatkan yg jauh.. *pening
At the same time, pendapat mahupun nasihat dari surronding people, dia dah tak peduli..dah tak nampak apa baiknya nasihat orang lain except 'kekasih' dia..thats why I said orang bercinta tu buta..bukan cinta yg buta..

In addition, sekarang ni haaa era pasca kemerdekaan..dilimpahi dengan kecanggihan teknologi..maka terbit lah twitter, wechat , whatsApp , dan rakan rakan seperjuangannya.. ada yg sanggup bertumbuk, bergaduh disebabkan medium sosial ni..but why? salah ke nak main? tak salahh... dah tu? diorang gunakan medium sosial untuk melakukan kecurangan and so on..then kalau dah pecah terbongkar habis, sanggup lah bertumbuk, smackdown bagai..HAHA..macam macam lahh..

Kalau dah kritikal macam ni... cemana pulak terhadap tuntutan agama? kalau dia masih boleh menunaikannya...Alhamdulillah.. tapi kalau dah jauh terbabas dari tuntutanNya?? haaa uolls boleh think think jawapan dia..

Tuuu dia..CINTA ITU BUTA ATAU KITA YANG BUTA.. kalau duk cerita pasal cinta memang takkan habis..macam macam versi cinta ada..happy ending , sedih, ngeri ,tragis and macam macam lagu cinta ada berlambak tu haa..terpulang...pilih lah yg terrrrbaiikkk *thumbs up






Isnin, 24 November 2014

CINTA ITU BUTA ATAU KITA YANG BUTA? Part 1

                             ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulillah...bersyukur masih dikurniakan kesihatan yg baik walaupun ada lagi demam sikitt..
 *breath in breath out* haaa fuuuhhh...

*sengeh bunga* pehal pulak tetiba hupdate pasal cinta ni?? FALL IN LOVE ke joyaahhh oii? HAHA..apa salah nya kita kongsi apa yg kita tahu !


Dahhh dahhh..straight to da point teruih naa.. *tarik kerusi hadap lappy*

C.I.N.T.A
Apa itu cinta?? adakah ianya hanya mainan perasaan ? memang betul ramai yg tahu tentang cinta and ramai jugak yg tahu menyebut perkataan cinta.. * I LOVE U* then ramai jugak yg tahu cemana nak luahkan
kata kata cinta tu... TAPII ! haaa..tapi adakah uolls tahu apa cinta itu sebenarnya ??
based on apa yg syrah tahu Cinta tu adalah sebuah perasaan yg unik hadir dlm diri seseorang..ianya bukan paksaan..hadir tanpa diundang..Dari sudut agama, Cinta dalam islam ialah berhulukan iman, bermuarakan taqwa, yang mengalir ketulusan dan kejujuran yg berpegang pada kesetiaan dari sejuta pengorbanan... Islam sangat menjaga kesucian cinta sehingga tidak ada istilah 'couple' sebelum menikah sebenarnya. AWAS ! Cinta atas dasar nafsu takkan mendatangkan kebahagiaan dan ketenteraman di jiwa, kecuali kesengsaraan dan kehinaan yang berkepanjangan..


Haaa..faham tak ? okay dah explain apa itu cinta..so now back to the title, Persoalannya.. CINTA ITU BUTA ATAU KITA YG BUTA?? camane tu? how? guanee? nak tahu ? sila scroll bawah ! HEHEHE


     CINTA ITU BUTA ATAU KITA YANG BUTA ?? *ce jawab

*CINTA BUTA..HAHAHA..SIAN KENA PAKAI TONGKAT

 Okay..sebelum uolls jawap soalan kat atas tu..meh kita saksikan dulu sketsa ni.. *bukak tv

 * SITUASI 1

Zihaa : *call* tuuuutttt tuuuuttt... Hello? Iraa? kau tolong aku boleh tak? urgent niiii 

Iraa :  haaa zihaa..pehal ko call aku pagi pagi ni ?? *gosok mata* ngantuk weh

Zihaa : Alaahhh...boleh laa Iraa..kali ni aje aku mintak tolong kau..pleaseee..
           tolong hantar aku jumpa Azrul jap..aku dah janji ngan dia nak jumpa harini..
             kalau tak.. masaklah aku ! 

Iraa :  *merengus* hishhh menyusahkan aku betullah minah sengal ni..bukan sekali
                 dah berkali kali..dah gatal merenyam sangat nak jumpa, pegilah sendiri
               *bebel dalam hati

Zihaa :    Iraa?? Iraa?? kenapa kau senyap ni...tolong aku please..alahhh kau bukan nya 
                tak tahu aku ni sanggup buat apa je demi Azrul tu..aku sayang dia sangatttttt...
                bla bla bla.... *10 minit*  errrr Iraa?? tolong aku eh ?

Iraa : krooiihhh kroiiiihhhh..... *tertidur dah rupanya





                                                                                                                  BERSAMBUNG.....
 






Rabu, 19 November 2014

COMING HOME !

                           ASSALAMUALAIKUM W.B.T

 I'm coming home...coming home...tell the world i'm coming home *nyanyi

 

HAHA ! start start je terus je nyanyi..pehal ! haaahh..ni cerita dia..................................errrr? okay okay ! serius nih . 

*batuk* fuhhhh..banyak gila habuk, ada rumah spider siap ! maklum lahh dah berbulan bulan bintang tak bukak blog ni..hmmm..sian cik blog saya ni...sorry eh? hikss *lap habuk*

harini 19.11.2014..tamatnya STPM sem 1..hmmm rasa lah jugak lega nya tu tapi tetap tak senang duduk..pasal apa? duk fikir ke result dia nanti lah..orang kata, lepas exam ni FREEDOM lah, apa lah...Sebenarnya tak pun. 'FREEDOM' tu hanya seketika je..so far, tak rasa lagi 'FREEDOM' tu..

Okay..memandangkan dah habis exam, so apa lagi? balik rumah lahhh..*dancing* HAHA..dah puas bertapa kat asrama..well this is my first time menghuni di asrama..baru tahu cemana rasanya hidup dalam PENJARA ngehhhh ngehhh*gelak syaitonn*

HAHA..rasanya macam macam benda nak buat masa cuti ni..tapi tak buat pun lagi wishlist..kalau boleh, tak nak lah cuti panjang tu jadi sia sia je..habiskan masa ngan tido, makan , tengok tv, main kucing and so on..kerja sambilan? hushh..memang harammm..mak tak kasi ! katanya, syrah ni kecik lagi..tak payah nak keje sangat lah..mak boleh kasi duit belanja lagi..hmmm.. *tarik nafas* SAYA DAH BESAR ! *jerit dekat mic*

Hehehehe *tetibe* okay setakat ni je yg syrah nak cite harini..In shaa Allah..nanti syrah update lagi ye? 

sekian ,

- RED  ROSES

                    Assalamualaikum...


 

Sabtu, 1 Mac 2014

Senyum itu perlu !

                          
                                          Assalamualaikum w.b.t



Yuhuuu ! oh Hai ! apa khabar? sihat semua? syrah? syrah sihat je..alhamdulillah..bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih dikurniakan kesihatan yg baik.. *tarik nafas*


                     
 
 
 
 
Okay..kali ni nk membebel pasal senyum pulak..hihi.Senyum itu memberi bahagia, tapi tak dinafikan ramai di antara kita terlupa untuk melakukan senaman yang paling mudah ini. Senyum semestinya mempunyai banyak kelebihan... selain tu, kalau kita senyum, nampak cantik or hensem je kan? *sedikit perasan*..dah dah, sini syrah nak share sikit Fakta menarik tentang senyuman ni.

                                 Okay ! let's start

1) Para saintis mendapati senyum and ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon..(so, bangun pagi cepat cepat lah senyum yer? takyah jogging dah..hahaha)

2)Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

3) Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


4) Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


Haa..banyak pun fakta menarik tentang senyuman ni kan? kan syrah dah cakap kat tajuk atas tu, senyum itu perlu ! tapi syrah pun takde lah senyum sepanjang masa, nanti kang apa pulak orang fikir. Hahaha..senyum la pada masa dan keadaan yg sesuai.. rasa memboringkan tak entry kali ni? harap tak gitu lahh..penat syrah menaip tau..just nak share apa yg syrah jumpa lah ni !


last but not least..sini syrah nk selitkan kata kata pujangga tentang senyuman ni ..

” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Jumaat, 17 Januari 2014

Pembaharuan Blog !

                                          ASSALAMULAIKUMMM !
    

      Pembaharuan blog? apa tuu??? buat blog baru ke?

    okay ! since dah lama syrah tak menghupdate sebarang entry kat blog ni, berhabuk dah pun blog ni, malam ni terbuka jugaklah hati syrah ni tuk memperbaharui blog ni..perbaharui tu dari segi tukar background,letak dropped object ala-ala salji gituu, and ade la syrah tambah lagi benda-benda lain yg sedap lar sikit mata memandang..hahaha

     Btw, sepanjang syrah tak menghupdate entry kat blog ni, syrah sebenarnya duk sibuk kat facebook,twitter,wechat & instagram ! hakhakhak :D nampak x kemalasan syrah nak bukak blog kat situ?? haiyoo..nasib baik lah blog ni tak reti nak bercakap, kalau tak, mesti dia akan cakap macam ni kat syrah "woii, haritu kau bukan main lagi semangat bagai nak buat blog, tapi sekarang kau pulak yg abaikan aku :( ishh kalau macam tu, aku tak sanggup bertuankan kau lah syrah ! "  perghhh ! marah nampaknye blog syrah ni.. kuikuikui :p
       
                     **ok habis citer pasal tu**
        
      Sekarang ni,syrah rase lega sangat sebab dah boleh,reti lar nak mempercantikkan sedikit sebanyak benda dalam blog syrah ni (cantik lah sangattt) and thank you so much to ANIS HARTINI,(kawan kpd kawan syrah), dia dh banyak bagi suggestion dekat syrah pasal nk adjustkan benda-benda yg ada dlm blog ni, dia jugak bnyak bagi link-link blogger lain yg buat tutorial untuk newbies macam syrah ni..memang berguna sangat semua tu tau ! dari zero to dah pandai macam sekarang *tak la pandai mane punnn*
    

        Walaupun blog syrah ni tak berapa penuh dengan pelbagai benda menarik & tak berapa nak cantik lagi, syrah akan terus berusaha untk memperbaiki & mempercantikkan lagi blog ni..macam blog-blog yg lain lah kan, best je kalau kita tengok..macam-macam ade lah kat blog diorang..syrah pun ade impian jugak nak ade blog camtu..wait & see lah yer :p camne rupa baru blog syrah nanti ! hohohoiii :D


      Okay..setakat ni je syrah nak share story ngan korang semua *kalau ade yg baca entry ni laa* hekhekhek syrah pun nak tido dah,tak larat dah nk bukak mata leluas untuk menaip lebih lama lagi -_-
               
          BEAR BUSYUK NI UCAP SELAMAT MALAM SAMBIL PEGANG NAMA SYRAH :p




      

       GOOD NIGHT !!! BYE BYE ASSALAMUALAIKUMM


               

written by iamnurbasirah