Sabtu, 1 Mac 2014

Senyum itu perlu !

                          
                                          Assalamualaikum w.b.t



Yuhuuu ! oh Hai ! apa khabar? sihat semua? syrah? syrah sihat je..alhamdulillah..bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih dikurniakan kesihatan yg baik.. *tarik nafas*


                     
 
 
 
 
Okay..kali ni nk membebel pasal senyum pulak..hihi.Senyum itu memberi bahagia, tapi tak dinafikan ramai di antara kita terlupa untuk melakukan senaman yang paling mudah ini. Senyum semestinya mempunyai banyak kelebihan... selain tu, kalau kita senyum, nampak cantik or hensem je kan? *sedikit perasan*..dah dah, sini syrah nak share sikit Fakta menarik tentang senyuman ni.

                                 Okay ! let's start

1) Para saintis mendapati senyum and ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon..(so, bangun pagi cepat cepat lah senyum yer? takyah jogging dah..hahaha)

2)Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

3) Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


4) Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


Haa..banyak pun fakta menarik tentang senyuman ni kan? kan syrah dah cakap kat tajuk atas tu, senyum itu perlu ! tapi syrah pun takde lah senyum sepanjang masa, nanti kang apa pulak orang fikir. Hahaha..senyum la pada masa dan keadaan yg sesuai.. rasa memboringkan tak entry kali ni? harap tak gitu lahh..penat syrah menaip tau..just nak share apa yg syrah jumpa lah ni !


last but not least..sini syrah nk selitkan kata kata pujangga tentang senyuman ni ..

” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Tiada ulasan:

written by iamnurbasirah