Assalamualaikum...
Antara tanggungjawab dan ikhlas? yes. Seperti tajuk di atas, aku akan explain pasal tu jelah. Takkan pasal kahwin kot. HEHE!
Okay...semua orang ada tanggungjawab mereka tersendiri kan? Okay contoh terdekat, macam seorang anak like kita kita ni, tanggungjawab mereka ialah belajar bersungguh-sungguh, memberikan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan, berjaya dalam pelajaran/kehidupan, berbakti dan membalas jasa kepada ibu bapa dan sebagainya. Tapi aku taknak ulas pepanjang pasal tanggungjawab seorang anak ni sebab benda ni memang semua orang dah tahu kot.
Dalam kita melaksanakan tanggungjawab ni...adakah kita ikhlas ataupun terpaksa? Contoh terdekat, macam seorang pelajar, menghadiri kelas..dah memang tanggungjawab kita kan belajar ni..then dia fikir nak habis kelas cepat-cepat je balik nak tido..adakah itu dinamakan ikhlas? well aku dulu macam ni lah (haaa mengaku pun!) pagi aku pergi kelas then Ya Allah..lambat gila nak habis!!
Nampak sangat aku terpaksa tak ikhlas pergi kelas kan?. Thats why result ciputtt je. Okay habis pasal tu.
Cerita antara tanggungjawab dan ikhlas ni sebenarnya mengisahkan tentang seorang budak perempuan dan datuknya (dah kenapa macam cerpen BM komsas form 4). After tamat pengajianku di Tingkatan 6 dalam bulan 12 gitu, lepas aku habis repeat paper penggal 1 dan 2..dalam seminggu lepas tu laaaa..datuk a.k.a Tokki ni jatuh sakit..Tokki ni langsung tak boleh nak bangun nak jalan, almost semua benda kita kena handle..nak mandi nak makan semua tu. At the first, aku macam susah gila nak accept this situation. Aku belum bersedia untuk kehilangan orang yang aku sayang, tapi Allah lebih mengetahui kan?
Orang yang menguruskan sepenuhnya Tokki aku ni, adalah ayah aku. A few weeks ayah aku datang kerja lambat sebab pagi-pagi mesti kena uruskan dulu Tokki ni. Namun semua ni tak berlanjutan sehingga sebulan. Pada suatu pagi, ayah aku decides nak pergi kerja awal dan ayah aku menyerahkan tanggungjawab nak uruskan Tokki ni pada aku. Ayah aku perlu mengutamakan masa kerja nya kerana hanya kerja itu yang menampung kami sekeluarga. Allahu..seriously, aku rasa berat hati gila masa tu..orang cakap, sedikit keterpaksaan tu ada dalam hati. Aku langsung tak ada pengalaman jaga orang sakit. Masa tu, sel-sel otak aku berhubung dengan pantasnya memikirkan macam mana nak urus Tokki ni? kalau dia nak pergi tandas aku nak angkat ke macam mana? kalau nak mandi? fuhhh begitu banyak persoalan yang timbul dan terapung berterbangan di minda. Day by day...aku dah terbiasa melakukan rutin harian menjaga Tokki ni..bila dah biasa, kita akan rasa tak pelik ah kan nak buat sesuatu perkara tu yang pada mulanya berat bagi aku. Ye, aku bukan malaikat..kadang-kadang dihasut Syaitonnirrojim gak. Jaga orang sakit ni memang banyak kena sabar, tambah-tambah pulak Tokki aku ni seorang yang garang dan agak cerewet. Tipulah kalau aku tak pernah dimarahi nya. Sememangnya aku selalu dimarah, kerana aku yang sediakan makanan,ubat-ubat dan sebagainya. Ya, memang stress memang sedih..tapi aku pujuk diri aku untuk terima semua tu dan laksanakan tanggungjawab aku dengan ikhlas :")
Tapi aku tidak keseorangan jaga Tokki ni..adik jantan aku ada..walaupun pertolongan dia tak seberapa, namun aku rasa lega. Adik aku sekarang ni darjah 6, so macam biasa ada kelas pagi petang siang malam. Petang bila dia balik, dia akan tolong aku sikit-sikit. Almost 4 months, aku jaga Tokki ni. Yes, dalam masa 4 months tu aku tak bergerak ke mana-mana holiday, short vacation, melepak tepi tasik tepi kolam tepi pantai, main layang-layang, main buih gergasi di padang, tangkap obor-obor... Bila kengkawan ajak aku picnic, lepak, jenjalan semua tu..aku langsung tak dapat nak join dorang. Kesian kan? aku remaja. Tipulah aku tak rasa nak bersuka ria macam orang lain. Tapi ianya terbatas kerana tanggungjawab. Bila rasa "bosan ah life aku ni asyik mereput kat rumah je" aku cepat-cepat istighfar, ingat Tuhan. Semuanya datang dari Dia. Aku percaya, selagi kita sabar dan ikhlas dalam menghadapi ujian, ganjaran akan menanti :')
1 ulasan:
Owh.. Takziah yer..
Catat Ulasan